Malaysia
Otohime - Asalnya Marine

Asalnye Makanan untuk Ikan Laut tapi kenape Peminat Ikan Pakai untuk Air Tawar?
By AQUA SHACK
26.September.2020

Beberapa Hari Lepas, ade berita yang terbaru di laman social media bahawa Makanan Ikan Otohime sebenarnye untuk Ikan Laut dan Rakyat Malaysia dituduh tidak buat research dan kata memakai makanan ikan Otohime Best (terbaik) untuk Ikan Mas (Goldfish).
Juga, terdapat gambar ‘screenshot’ email reply kepada seorang individu dari Marubeni Nisshin (pengilang produk Otohime) yang mengata:
“… Otohime EP is a feed for marine fish in Japanese law. And we don’t guarantee the safty of using Otohime for other fish, because we’ve never tested it. So, we do not recommend to use Otohime series for other fish, and we do not take responsibility for whatever happened for not-marine fish fed Otohime…”
Kalau terjemahkan ke bahasa melayu dengan kesimpulannye; ‘Otohime EP ialah makanan ikan untuk ikan laut dibawah undang-undang Jepon. Mereka tidak jamin keselamatan kegunaan Otohime untuk ikan jenis lain kerena mereka belom pernah uji. Jadi mereka tidak rekomen mengguna Otohime untuk ikan yang bukan Ikan Laut.’
Kerana berita ini, ramai pengguna Otohime respond dengan secepat nye membukti kebaikan Otohime dan telah mengguna Otohime bertahun tahun dengan tiada masalah. Aqua Shack juga telah menerima beberapa PM di Facebook tentang berita ini dan juga saya telah mengirim email kepada Marubeni Nisshin untuk keterangan yang detail dan untuk saya memberi pendapat saya.

Dengan respond yang cepat, saya dapat balas dari Marubeni Nisshin dengan soalan saya yang telah dijawab. Izinkan untuk saya memberi keterangan yang detail sesuai dengan email dan juga research saya.
Asal Usul Otohime
Otohime was produced as a Marine Fish Feed in Japan
Otohime dihasilkan sebagai Makanan Ikan Laut di Jepon. Cerita nye, di Jepon; tangkap Ikan Sardin dan Ikan Tenggiri sebagai pancing atau makanan basah (Moist Pallet), semakin kurang kerana masalah persekitaran, mereka mengganti dari makanan ikan hidup ke makanan proses. Marubeni Nisshin adalah syarikat Nombo 1 di Jepon di industri aqua-feed dengan produk range Otohime dan Itomeito.
Jadi, Otohime telah di R&D untuk market ternak ikan Seafood supaya Ikan dapat membesar dengan cepat. Terdapat banyak saiz pallet dari saiz macam serbuk (A) sampai pallet saiz sampai 10mm (EP10). Lagi cepat ikan dapat membesar, lagi cepat ikan dapat pergi ke pasar dan kita bole beli dan masak.
Khabar Angin
… rumor that Otohime is good for growing fish is expanded among the aquarium fish lovers, many consumers use Otohime for non-marine fishes.
Khabar Angin dari kilang kata Otohime bagus untuk membesar Ikan dan khabar ni menyebar ke Peminat Aquarium Ikan, ramai orang mengguna Otohime untuk ikan yang bukan laut.
Dan juga, secara rasmi, Marubeni Nisshin tidak rekomen Otohime untuk Ikan yang bukan dari Laut kerena mereka sendiri belom pernah test atau R&D.
Betul ke?
Rakyat Malaysia Tak Buat Research
Dan Kata Otohime ni Best untuk Ikan Mas
Kerana ada tuduhan bahawa Rakyat Malaysia tak buat reserach dan kata Otohime ni best untuk Ikan Mas, saya telah tanya beberapa soalan kepada kilang untuk keterangan dulu:
*Terjemah ke Bahasa Malay
Soalan 1
Bole ke Otohime pakai untuk ikan laut dan ikan tawar?
Jawapan dari Kilang
Otohime bukan sahaja untuk Ikan Laut, tapi kami tak pernah terpikir untuk mengguna untuk ikan tawar. Dan kami dah info yang kami cipta Otohime sebagai makanan Ikan untuk Ikan Laut. Jadi kami tak pernah mencuba untuk Ikan Tawar.
–
Maksud dari email, mereka telah mencipta Otohime untuk Ikat Laut jadi data mereka yang ade cume untuk Ikan Laut. Jadi jika pergi ke website mereka atau email mereka, mereka dapat bantu dengan secara teknikal cara-cara membesar ikan laut dengan cepat dengan memakai Otohime. Bole nampak dari Link Ini yang mereka ada FOOD PROGRAM untuk Ikan Kakap Merah (Red Sea Bream).
Soalan 2
Jika memang benar untuk Ikan Laut sahaja, ade ke produk yang betul dari Kilang untuk Ikan Air Tawar?
Jawapan dari Kilang
Ada, tapi kami tak export dan hanya dijual dalam Jepon sahaja.
–
Sesuai dengan email, rupanye ade makanan ikan untuk Ikan Air Tawar, cuma dijual dalam Jepon sahaja. Mungkin dalam masa hadapan akan export kluar dari Jepon jika ada demand dari market.
Soalan 3
Ada ke negative effect mengguna Otohime untuk Ikan Air Tawar (Freshwater)?
Jawapan dari Kilang
Kami belom ada dengar apa apa masalah mengguna Otohime untuk Ikan Air Tawar di Jepon. Tapi, kami teka mungkin lambat menaikkan warna Ikan, kerana Otohime fokus untuk membesarkan Ikan dengan cepat.
–
Nampak nye tak ada masalah sebenarnye pakai Otohime untuk Ikan Mas atau Ikan Air Tawar kecuali (mengikut Kilang) warna naik lambat. Mungkin ini mengikut pengalaman tersendiri.
Jadi, Malaysia saje ke yang pakai Otohime untuk Ikan Air Tawar?
Tak, negara lain juga seperti Australia dan USA memjual dan promote Otohime untuk Ikan Laut dan Ikan Air Tawar dan mereka juga kata makanan ikan ni memang best untuk Ikan anda.
Otohime Fish Diet from Japan provide superior nutrition for juvenile and adult fish. Otohime is a fantastic feed for both marine and freshwater fish.
It works! And we are yet to find a fish that doesn’t want to eat this food.
SEMENJAK GUNA OTOHIME EP1 SAYA PERASAN MASALAH SBD (Swim Bladder Disease) DAH HILANG. SERIUS MEMANG TAK KENA LANGSUNG. SAYA BAGI MAKAN 4 KALI SEHARI PON STEADY JE.
Otohime
Pakai Di Angkasa Lepas!


Pada tahun 2012, JAXA (Japanese Space Agency) bersama dengan NASA telah kirim set Aquarium ke Angkasa Lepas sebagai Project Research tengok hidup Ikan di Angkasa Lepas dan membiak Ikan di Angkasa Lepas.
Sebenar nye, saya sudah lama mengikut berita perkembangan Otohime semenjak berita ini kerana waktu itu, saya sangat berminat dan belajar sistem filter yang mereka guna di akuarium mereka di angkasa lepas. Waktu belajar filter sistem mereka, dengan secara tidak sengaja, saya terdapat tau salah satu makanan mereka kasi ke ikan mereka ialah Otohime B-1.
Dan untuk mengaitkan topic tentang Otohime bole pakai dengan selamat untuk Ikan Air Tawar, Ikan yang telah diguna untuk Aquarium di Angkasa Lepas ialah Ikan Medaka (Japanese Rice Fish). Ikan ini, ialah ikan air tawar/payau dimana bole jumpe di Sawah Padi atau Sungai/Kolam di Asia.
Mengikut kajian di angkasa lepas; dengan kesimpulannye, Makanan Ikan Otohime tidak memberi apa2 masalah kepada ikan meraka walaupon memberi makan 2-3 kali sehari.
Dengan kesimpulannye, Otohime selamat untuk diguna buat Ikan Air Tawar termasuk Ikan Mas, Guppy, Ikan Laga, dan lain2 lagi. Dan Otohime telah lama diguna oleh ramai orang di hampir seluruh dunia dengan tanpa masalah.
Saya harap saya dapat membantu memperincikan tentang masalah makanan ikan ini dan membantu pengguna Otohime dan juga Peminat Ikan memberi balik keyakinan kepada Otohime.
Order Otohime Now
@SHOPEE
@Lazada
Terima Kasih kepada @FarhanAxiq dengan bantuan terjemah nama2 ikan dalam Bahasa Malay ke English
We hope you enjoyed what we wrote and we wish you on a happy journey to owning a pet fish! It will be a rewarding feeling when you get it right the first time!
If you enjoyed this and find it useful or informative, please do share it with your friends and family who may find this useful for them as well.
Follow us on Facebook and Instagram where we will post our latest news and articles of the Aquarium world with the latest advice and guides.
Need advice on Fish and Aquarium? Contact us on Facebook Messenger