fbpx

Malaysia

ANTI CHLORINE REVIEW - PART 2

Aqua Shack Logo White

Berfungsi ke?

Jom kita membandingkan Anti Chlorine yang ade kat Malaysia ni!

Part 2

By AQUA SHACK

Aqua Shack - Anti Chlorine Review Part 2

Wow!!!
Saya ingin berterima kasih kepada Semua Pembaca yang dah baca Part 1 Review saya dan membantu share kepada kekawan semua! Sangat menghargai dan juka terima kasih kepada semua yang offer nak kasi botol Anti Chlorine untuk membantu Review Part 2 ini. Walaupon sudah beli barang2 untuk Part 2, offer bantuan dari semua sangat menghargai!
Saya harap Part 1 dapat membantu ramai orang dan juka dapat tengok Anti Chlorine jenama lain2 macam mane dia perform.

Di dalam Part 2 Review Anti Chlorine ini, saya sambung mencari jenama lain yang ada dalam Malaysia dan kebanyakan jenama dalam Part 2 ini adalah juga request dari pembaca yang Comment dan PM di Facebook. 

Seperti biasa, saya akan guna AQUADINE – Chlorine Tester untuk tukar air dari paip menjadi kuning-oren untuk lihat jika ada Chlorine dalam air. Yang mane nak tengok dan baca pasal Chlorien Tester bole tengok kat Part 1 Review.

Dalam review ini, saya akan bandingkan beberapa jenama Ubat Anti Chlorine dengan memakai sebanyak 5ml ubat ke dalam cawan yang ade Chlorine dan Chlorine Tester dan tengok bape laju air kuning tukar jadi jernih balik dalam masa 1 minit. Sila nota bahawa setiap jenama dia ade lain kepekatan level tapi untuk review ni saya buat standard 5ml sebagai control test.

Harap anda enjoy dan saya akan tunjuk Anti Chlorine mane yang Best dalam Part 2 dan overall Winner!

Aqua Shack - Kintons Anti-Chlorine

Saya rasa kan… KINTONS Anti-Chlorine dan AQUADINE – Anti-Chlorine Special datang dari kilang sama kot. Ade la beza macam KINTONS ni air dia warna biru dan AQUADINE air warna jernih. Tulisan pon lebih kurang je (ade la edit sikit2). Kenapa saya pikir macam ni pon sebab design layout label dah lebih kurang dan juga Ikan Red Parrot tu sebijik. Mungkin kilang lain, designer sama atau kilang copy competitor punye kot?
Tapi yang bole confirm, dua jenama ni dijual oleh Distributor yang berbeza dalam Malaysia. 
Ok, kita patah balik ke topik.

Aqua Shack - Kintons vs Aquadine - Anti Chlorine Review Part 2

KINTONS Anti-Chlorine ni kata German Special Formula Fish Medicine sama seperti AQUADINE; di pakai untuk menaik kualiti air dengan buang gas yang berbahaya dari air.

Harga dalam 6.50 – 10 Ringgit, tengok beli dari mana (saya dapat 6.50 Ringgit dari kedai ikan yang dekat dengan saya). Ramai Aquarium Hobbyist dalam Malaysia kenal dengan jenama Kintons ni sebab dia famous untuk Aquarium Water Pump, LED Light, Heater, dan macam macam lagi.

Bukak je botol, takde bau sangat dan perasan ada macam serbuk putih dalam air dan beberapa ketul putih dekat bawah air. Tak sure la kalo ni biasa atau saya dapat yang defect.

Aqua Shack - Kintons Anti Chlorine White Debris - Anti Chlorine Review Part 2

Bawah ni video KINTONS – Anti-Chlorine

REVIEW

Ubat KINTONS – Anti-Chlorine dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit dan nampak lebih laju berbanding dengan AQUADINE – Anti-Chlorine Special tapi dia buat air warna Biru. Saya ade sambung test jugak ni dengan biar air biru dalam cawan ni duduk satu malam tapi esok pagi air masih warna biru (serbuk putih tu pon masih ade). 
Saya ada test pakai jugak dekat tank 1.5 kaki saya; buat 50% Water Change dan isi ubat ni dan air jadi biru jugak. Ade yang tak kisah, ade yang minat, bagi saya tak biasa tengok air biru.

Kesuluruhan nye, ubat KINTONS ni lebih laju dari AQUADINE untuk buang Chlorine dalam masa 1 minit TETAPI saya mungkin tak akan beli lagi atau rekomen sebab dia buat air tukar jadi Biru.

Aqua Shack - Ocean Free Anti-Chlorine Special

Ni barang satu lagi ni terkenal sebagai Ubat Anti Chlorine 1 Ringgit dan banyak kedai ikan dalam Malaysia jual ni jugak. Macam KINTONS dan AQUADINE, OCEAN FREE Anti-Chlorine Special ni pon kata German Special Formula Fish Medicine di pakai untuk menaik kualiti air dengan buang gas yang berbahaya dari air. Selamat dan bukan toxic untuk pokok aquarium dan ikan walaupon pakai terlebih (tulisan dari botol).
Saya dah nampak dah ni KINTONS, AQUADINE, dan OCEAN FREE mungkin datang dari kilang sama ni tapi ade formula yang berbeza (air warna jernih).

Harga 1 Ringgit untuk Botol 240ml dan 5 Ringgit untuk 1 Liter Botol.

Bila bukak je botol, takde bau apa2 pon macam NIKA – ANTI-CHLORINE di mana kerja dia cuma untuk buang Chlorine dalam air. Tapi dia ada tulis buang buang gas yang berbahaya dari air tapi saya tak bole confirm jika betul ke tak.

Bawah ni video OCEAN FREE – Anti-Chlorine Special.

REVIEW

Ubat OCEAN FREE Anti-Chlorine Special sangat mengkagumkan jugak. Lebih laju dari AQUADINE dan KINTONS walaupon mungkin dari kilang sama atau graphic designer sama tapi dia dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit lebih laju dan mungkin selaju NIKA ANTI-CHLORINE.

Aqua Shack - AquaNice H2O Protection

Ubat AquaNice H2O Protection ni menarik jugak ni sebab dia market (opinion saya la) macam nak lawan dengan Tension Gon by mydilab. Bila kira2 harga antara AquaNice dan Tension Gon dengan kos per ml, dia dah lebih kurang sama (tengok beli kat mane, saya ikut harga official retail) dan dua2 buat lebih dari buang Chlorine.

Ubat AquaNice ni ialah Water Conditioner yang boleh buang Chlorine dan Chloramine, mengandungi ‘Pure Herbal Extracts’ untuk melindungi ikan dari SHOCK dan STRESS dari transportasi, buang toxic termasuk Heavy Metal dan Copper, melindungi kecederaan dengan Slime Coat Healing system, dan melindungi dari Racun Nitrite (tulisan dari botol).

Harga dari 10 ke 25+ Ringgit (120ml ke 500ml bottle) dan 100+ Ringgit untuk 4 Liter Bottle, ubat AquaNice ni lebih kurang sama harga dengan Tension Gon (harga kedai la, jangan lawan harga online) dan saya rasa AquaNice nak target market baru (customer baru nak main ikan). Diaorang tak mungkin nak suruh Sifu Pengguna Tension Gon mengganti produk.  

Bukak je botol, takde bau kluar dan warna air Biru *Light Blue (macam KINTONS). Produk ni kata mengandungi ‘Pure Herbal Extracts’ (sama macam NUTRAFIN – AQUA PLUS), dimana ia buat lebih dari buang Chlorine dalam air.

Bawah ni video AquaNice H2O Protection

REVIEW

Ubat AquaNice H2O Protection dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit tetapi tak selaju OCEAN FREE atau NIKA. Tapi lebih laju dari Tension Gon dan lebih kurang sama macam NUTRAFIN. Walaupon dia dapat buang Chlorine, ada sama problem macam KINTONS di mana air jadi Biru tetapi tak seteruk macam KINTONS. 
Saya biar cawan sampai petang dan warna air jadi jernih balik. 

Saya ada test jugak pakai AquaNice ni beli Ikan baru dan Setup Tank Baru, takde masalah dan ikan nampak sihat tanpa masalah.

Aqua Shack - Bettas Anti Chlorine

Jenama Paling Famous dalam Malaysia ni! Hampir semua kedai ikan akan ade barang dari jenama BETTAS. BETTAS ni paling terkenal dengan macam2 produk termasuk Makanan Ikan, Filter Kapas/Sponge, Garam Ikan, Ubat2 Ikan, Weekend Food Block, dan macam2 lagi.
Ubat BETTAS ANTI CHLORINE ni keja dia cuma buang Chlorine je, ekonomik, selamat, dan tak bertoxic untuk ikan dan pokok dalam air walaupon pakai terlebih (tulisan dari botol).

Harga 2 – 3 Ringgit je untuk 230ml botol, ubat BETTAS ANTI CHLORINE ni mungkin salah satu produk dalam Malaysia yang membantu pembeli Expats dalam Malaysia yang minat ikan kerana dekat packaging botol ni terdapat 4 bahasa termasuk English, Mandarin, French dan Spanish.

Bila bukak je botol, bau yang busuk dan tajam betul masuk hidung (lain macam woo). Bau lain dari AQUADINE dan Tension Gon. Tapi dia tak tulis sebagai Water Conditioner yang mengandungi Anti-Stress, Neutralise Ammonia, atau Slime Coat Protection?

Bawah ni video BETTAS ANTI CHLORINE

REVIEW

Ubat BETTAS ANTI CHLORINE ni betul2 bagus! Sebagus NIKA ANTI-CHLORINE. Dia dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit dan air betul2 jernih! Salah satu lagi ubat Anti Chlorine yang murah dan terbaik untuk buang Chlorine dalam air.

Walaupon dia tak tulis dia dapat bantu dengan Ammonia, Heavy Metals, atau apa2 pasal kurangkan stress ikan; bau busuk tajam ni membuat saya nak lebih tahu apa ingredient dalam dia dan adakah dia bole buat lebih dari buang Chlorine je? 
Suatu hari nanti saya akan cuba contact supplier atau kilang kalau ada lobang.
*UPDATE*
Semasa saya buat rakaman video yang kedua memakai BETTAS ni, dia tiba2 tak selaju buang Chlorine macam video pertama ni. Jadi, pendapat saya; ubat BETTAS ANTI CHLORINE tak konsisten bak performance. Tapi tetap dapat buang Chlorine.

Aqua Shack - Seachem Prime

Brand Famous ni dari USA, Seachem banyak pakai oleh Aquarium Hobbyist di dunia. Jenama ni specialist bile bak Ubat2 dan Aksesori termasuk Filter (Seachem Matrix). Seachem Prime ialah Concentrated Conditioner paling famous yang bole buang Chlorine, Chloramine, dan detoxifies Ammonia. Seachem Prime dapat convert Ammonia ke toxic yang lebih selamat dan sedia untuk filter dalam tank diproses. 

Seachem Prime ialah premium produk dengan harga official dia RM35 untuk 100ml botol.

Bukak je botol, confirm ade bau busuk kluar dari botol bermakna ni mesti buat lebih dari buang Chlorine. Yang terkejut nye, saya perasan kat botol takde tulisan ape2 pon pasal dia dapat bantu dengan ganti Slime Coat, tak macam AquaNice atau Tension Gon. Maknanye Seachem Prime tak bole kategori sama dengan Tension Gon, Nutrafin, dan AquaNice. Tapi dekat botol Seachem Prime, dia ada tulis suruh pakai Seachem StressGuard atau Seachem Stability untuk transport, quarantine atau tambah ikan baru.

Bawah ni video Seachem Prime

REVIEW

Ubat Seachem Prime dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit. Tak selaju seperti BETTAS atau OCEAN FREE tapi dia kategori lain (lagi laju dari Tension Gon). Tapi saya perasan air jadi lebih jernih bila biarkan beberapa minit lagi (tak nampak macam ni dengan jenama lain). Ni mungkin sebab ubat ni Concentrated Conditioner, liquid yang pekat ni la rahsia nye dan pakai sikit je berbanding dengan produk lain. 

Pakai 5ml untuk setiap 200 Liter air paip je.

CONCLUSION?

Blom Lagi! Susah jugak ni nak atur balik Leaderboard sebab ade yang selaju seperti produk lain. Jadi, saya buat keputusan untuk bandingkan dia sebelah menyebelah dan tengok depan mata sape paling laju. Saya asingkan ke dua kategori: Anti-Chlorine dan Water Conditioner

Category 1: Anti-Chlorine

Dalam kategori Anti-Chlorine, saya pilih BETTAS ANTI CHLORINE vs OCEAN FREE ANTI-CHLORINE SPECIAL vs NIKA ANTI-CHLORINE. 3 ni yang top 3 paling laju dan sekarang tengok dia sebelah menyebelah sape paling laju:

*Kerana tangan ada dua je, saya tak dapat nak letak 3 cawan dengan serentak.

REVIEW

Dan pemenang nye ialah NIKA ANTI-CHLORINE! Masih paling laju, OCEAN FREE ANTI-CHLORINE SPECIAL nombo 2 dan BETTAS ANTI CHLORINE nombo 3.

Category 2: Water Conditioner

Water Conditioner ni buat lebih dari buang Chlorine, dia dapat detoxify Ammonia dan bantu dengan Slime Coat Protection; bermakna ingredient dia lebih. Saya pilih Nutrafin – AQUA PLUS vs Tension Gon by mydilab vs AquaNice H2O Protection kerana 3 ni yang paling laju dalam kategori Water Conditioner. Sekarang kita tengok sebelah menyebelah sape paling laju dalam kategori ni:

**Seachem Prime tak sama dengan 3 kategori dalam video ni kerana Seachem Prime tak tulis yang dia bantu dengan Stress Ikan atau Slime Coat Protection. Tapi sebab dia kata Concentrated Conditioner, saya letak je sebelah biar nampak performance dia untuk buang Chlorine.

REVIEW

Dan pemenang untuk kategori Water Conditioner paling laju untuk buang Chlorine ialah Tension Gon by mydilab! Nombo 2 ialah Nutrafin – AQUA PLUS dan nombo 3 ialah AquaNice H2O Protecion.

Sementara Seachem Prime ialah paling laju dalam video ni, dia tak bole dalam kategori yang sama dengan 3 jenama lain dalam video sebab dia bukan All-in-one Water Conditioner. Tetapi kita dapat tengok dengan jelas berapa laju nye Seachem Prime ni dapat buang Chlorine berbanding dengan jenama lain dan air dia paling jernih; lagipon sebab liquid dalam botol dia warna jernih pon dan tak mewarnakan air.

LEADERBOARD

*Leaderboard ni diaturkan untuk produk mane yang paling laju untuk buang Chlorine dalam masa 1 minute.

Tadaa! Anti-Chlorine yang paling best masih NIKA – ANTI-CHLORINE untuk buang Chlorine dalam masa 1 minit!

Dan! Water Conditioner yang terbaik masih Tension Gon by mydilab jika nak complete Water Conditioner yang dapat ‘Neutralize Ammonia’ dan Heavy Metal, menghalang Nitrate terkumpul, anti-stress dan bantu dengan Slime Coat Protection.

Seachem Prime plak ialah Concentrated Conditioner yang terbaik dalam kategori yang tersendiri (buat masa ni). Jika anda nak setup Tank Besar untuk Ikan Laut/Coral atau Tank Besar Ikan Premium, saya rekomen Seachem Prime sebab dengan harga dan kualiti nye bile main tank besar, dapat tengok ubat dia betul2 dapat bantu kerana liquid dia memang pekat sesuai untuk Volume air yang besar.

Interesting nye! Dengan hasil review ni. Tak semua Anti Chlorine dapat buang Chlorine dan tak semua Anti Chlorine sama. Jadi, nasihat saya ialah selalu check sebelum beli dan beli produk yang anda rasa selesa.

Terima Kasih!

Produk yang dipakai dalam Review ini:

– Kintons Anti-Chlorine: Shopee

– Ocean Free Anti-Chlorine Special : Shopee | Lazada

– Aquanice H2O Protection : Shopee | Lazada

– BETTAS Anti Chlorine : Shopee | Lazada

– Seachem Prime : Shopee | Lazada

Harap anda enjoy apa yang saya tulis dan saya harap anda enjoy pelihara Ikan!

Jika anda enjoy membaca ni dan rasa berguna, sila bantu share kepada rakan2 dan kawan2 anda yang rasa mungkin berguna untuk mereka.

Follow kami di Facebook dan Instagram di mana saya akan post cite baru dalam dunia Aquarium ni.

FOLLOW US

Join our Facebook Group

MALAYSIA CLUB IKAN