fbpx

Malaysia

ANTI CHLORINE REVIEW - PART 1

Aqua Shack Logo White

Berfungsi ke?

Jom kita membandingkan Anti Chlorine yang ade kat Malaysia ni!

Part 1

By AQUA SHACK

Aqua Shack - Anti Chlorine Review - Part 1

Terkejut!!!
Ari tu buat routine biasa je Water Change kat salah satu Aquarium saya, tiba2 lepas isi air baru dari paip dan tambah Anti Chlorine, tengok ekor Ikan Mas ada Fin Rot? Bukan sekor tapi beberapa ekor, ingatkan ade Ammonia Spike ke ape jadi saya bawak keluar API Master Test Kit dan terus check Ammonia, Nitrite dan Nitrate dan result nye ok je. 

So ape jadi sampai ekor koyak2 ni? Tiba2 teringat dari satu Facebook Group ade post pasal area KL ade kenaikkan Chlorine dalam air. Bawak kluar saya punye AQUADINE – Chlorine Tester dan tu dia nampak Chlorine tinggi air jadi betul2 kuning. Tapi waktu check awal January 2020, Chlorine dari tempat saya rendah je, jadi saya adjust ubat Anti Chlorine sesuai dengan air paip saya.

Ni dah nampak Chlorine tinggi dari biasa ni kena la up kuantiti ubat Anti Chlorine tapi ade terpikir plak; Ubat Anti Chlorine saya ni berfungsi ke? Betul ke buang Chlorine dari air paip? 

Masalah nye, banyak jenama Anti Chlorine dalam Malaysia kata dia buang Chlorine dalam air tapi tak pernah nampak dengan mata sendiri. Jadi saya pi kluar beli beberapa jenama Ubat Anti Chlorine yang dapat jumpe kat area saya dan inilah Review Part 1. Nanti Part 2 akan carik lagi jenama biar complete.

Dalam review ni, saya akan bandingkan beberapa jenama Ubat Anti Chlorine dengan memakai sebanyak 5ml ubat ke dalam cawan yang ade Chlorine dan Chlorine Tester dan tengok bape laju air kuning tukar jadi jernih balik dalam masa 1 minit. Sila nota bahawa setiap jenama dia ade lain kepekatan level tapi untuk review ni saya buat standard 5ml sebagai control test.

Harap anda enjoy dan saya akan tunjuk yang Anti Chlorine yang Best dalam Part 1!

Aqua Shack - AQUADINE Anti-Chlorine Special

Ubat Anti Chlorine ni mungkin yang paling mudah nak dapat, bole jume hampir semua Kedai Ikan dalam Malaysia. Dikenali juga sebagai Ubat Anti Chlorine 1 Ringgit (200ml).
Ubat AQUADINE Anti-Chlorine Special ni mungkin paling ramai diguna oleh semua level Peminat Aquarium dan juga yang Legend. Ubat AQUADINE ni kata kat botol ‘newly developed German Fish Medicine’ di pakai untuk menaik kualiti air dengan buang gas yang berbahaya dari air. 

Harga memang murah dalam 10-18 Ringgit untuk botol 1.5 Liter dan 1 Ringgit untuk yang 200ml. Saya pakai ni untuk semua Tank saya kecuali Discus Tank.

Bila bukak je botol, ade bau busuk kluar bermakna ubat ni memang mengandungi lebih dari Anti-Chlorine tapi juga chemical yang bole buang Chloramine; dan mungkin jaga control Ammonia dan mengandungi Vitamins untuk anti-stress ikan (opinion saya la).
Bawah ni video AQUADINE – Anti-Chlorine Special

REVIEW

Ubat AQUADINE Anti-Chlorine Special dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit. Tapi pada akhir 1 minit, masih ade sikit Chlorine tertinggal. Kesuluruhan nye, saya rekomen memakai yang ni dan saya akan sambung pakai sebab saya rasa ingredient nye buat lebih dari buang Chlorine tetapi membantu juga kurang kan stress ikan.

Aqua Shack - NUTRAFIN AQUA PLUS

Ni barang datang dari luar negara ni dapat jumpe kat Canada, France, dan Malaysia. Ubat NUTRAFIN – AQUA PLUS ni sangat teknikal produk siap ade sticker U.S Patent untuk kurang kan stress formula dan mengandungi natural herba yang dapat mengurangkan stress dari transport dan memegang. Botol ni pon ade tulis bole coating (mcm nano coating keta plak) kulit ikan dan ekor melindungi dari calar. Saya beli ni pon sebab saya kasi makanan kura kura jenama yang sama: NUTRAFIN basix – Floating Turtle Pallets.

Harga dia dalam 20+ Ringgit untuk 500ml botol.

Bile saya bukak botol, takde bau plak. Ni confirm sebab org barat ni bijak betul bole buang bau. Botol ade tulis dia dapat buang Chlorine, Chloramine, Neutralkan Heavy Metal, dan coating badan dan ekor ikan.
Bawah ni video: NUTRAFIN – AQUA PLUS

REVIEW

Ubat NUTRAFIN – AQUA PLUS dapat buang Chlorine 100% dalam masa 1 minit. Tapi saya perasan air tak berapa jernih dan dia jernih sepenuhnya selepas beberapa minit. Saya bole nampak dah ubat ni popular jual kat France dan Canada sebab dia memang bole buat Chlorine dan juga dapat kurangkan stress ikan. 

Aqua Shack - AQUA GUARD - Water Conditioner

Beli ni kat Jalan Pasar, Pudu (Kuala Lumpur). Meh check video ni orang buat: Jalan Pasar Tour. Ade beberapa kedai ikan yang jual ni tapi tak la popular sangat. Tapi yang tertarikkan saya ialah produk ni di promote sebagai produk yang berkualiti dengan harga yang tak la murah atau mahal. Kena try ni!

Ubat AQUA GUARD – WATER CONDITIONER ni kat botol dia kata ‘neutralize’ Chlorine compound dengan segera, ‘neutralize’ heavy metal, dan mengurangkan Nitrate yang terkumpul.

Bila bukak botol, takde bau langsung dan warna air oren-merah. 
Bawah ni video: AQUA GUARD – WATER CONDITIONER

REVIEW

Ubat AQUA GUARD – WATER CONDITIONER ni paling teruk! Tak dapat buang Chlorine langsung dan confirm tak selamat buat Ikan. Ape yang mengejutkan ni Aqua Guard bukan nye paling murah dan ape yang botol tulis memang tak sama dengan ape yang nampak. Saya tak akan rekomen pakai produk ni.

Aqua Shack - NIKA - ANTI-CHLORINE

Ni mungkin yang paling murah dengan hasil yang mengejutkan untuk ubat Anti Chlorine ni. Ubat NIKA ANTI-CHLORINE ni produk yang paling lurus sebab dia tulis cuma buang Chlorine sahaja yang ade dalam air dan membuat air paling Natural kondisi selepas guna. Saya pakai ni dekat Tank kura kura saya sebab murah; tapi lepas tengok video ni, saya akan pakai kat tank saya yang lain2.

Harga bawah 10 Ringgit untuk 1 Liter botol dan tak semua kedai jual. Saya rekomen beli online kalo tak jumpe kat kedai area anda. Brand ni je yang tulis ingredient dia ia itu: Na2S25H2O – Sodium Metabisulfite dan Water (kot).

Bile bukak botol, takde bau pon sebab NIKA pon kata cuma buang Chlorine je dan takde isi lain macam jenama lain yang ‘Neutralize’ heavy metal atau bantu dengan stress coat.
Bawah ni video: NIKA – ANTI-CHLORINE

REVIEW

Ubat NIKA ANTI-CHLORINE ni bagi hasil yang paling best antara semua 5 Anti Chlorine yang test dalam review ni sebab dia dapat buang Chlorine dalam masa 1 minit dan air Jernih! Tetapi, seperti apa NIKA tulis kat botol, dia cuma Anti Chlorine je dan takde kandungan lain jadi kena pakai ubat untuk stress ikan atau buang Heavy Metal (jika perlu).

Aqua Shack - Tension Gon by mydilab

Ini paling Legend ni dalam Malaysia. Membuat ramai Peminat Aquarium menjadi Hobbyist dan juga Sifu. Ubat Legend Tension Gon by mydilab ni ialah ‘all-in-one’ Water Conditioner yang dapat buang Chlorine, Chloramine, ‘Neutralizes’ Ammonia & Heavy Metal, Menghalang Nitrate yang terkumpul dalam ikan, Vitamin B sebagai Anti-Stress, dan membantu dengan kerosakan Slime Coating dan macam2 lagi… 

Tension Gon (atau cara tulisan yang betul: Tensiongon) ialah produk standard di Malaysia dengan harga dalam 25 – 30+ Ringgit untuk 1 Liter botol). Paling terguna Ubat Water Conditioner buat banyak Aquarium dan ikan termasuk Arowana, Flowerhorn, Cichlids, Air Laut dan banyak lagi. Diguna juga buat transport dan ramai Hobbyist dan Sifus menjamin produk ni paling ULTIMATE Water Conditioner dalam Malaysia.

Bukak je botol, bau busuk betol kluar! Confirm ade ingridient dalam air yang dapat bantu dengan buat air lebih baik untuk ikan. Bawah ni video: Tension Gon by mydilab.

REVIEW

Ubat Tension Gon by mydilab tak dapat buang Chlorine dengan sepenuhnye dalam masa 1 minit. Terkejut jugak saya ni sebab ubat ni ditulis ubat nye ‘High Concentration’ jadi tak paya pakai banyak. Tapi jangan rasa hampeh plak, sebab Tension Gon ni rahsia nye isi ubat ni ada lebih dari buang Chlorine. Dia bantu kurang kan stress ikan dan mcm2 lagi sebab tu buang Chlorine tak selaju seperti jenama lain. Saya masih tetap akan pakai Tension Gon kerana mengikut pengalaman saya, ubat ni banyak membantu dengan mengurangkan risiko kehilangan ikan.

LEADERBOARD

Tadaa! Ubat Anti-Chlorine yang best ialah NIKA – ANTI-CHLORINE untuk buang Chlorine 100% dalam masa 1 minit.

Tetapi! Ubat Water Conditioner All-in-One yang Best tetap Tension Gon by mydilab jika anda ingin complete Water Conditioner yang bole bantu dengan ‘Neutralize’ Ammonia & Heavy Metal, menghalang Nitrate terkumpul, anti-stress dan bantu dengan Slime Coat Protection.

Interesting nye! Dengan hasil review ni. Tak semua Anti Chlorine dapat buang Chlorine. Jadi, nasihat saya ialah selalu check sebelum beli dan beli produk yang anda rasa selesa.

Terima Kasih!

Produk yang dipakai dalam Review ini:

– API Master Test Kit : Shopee | Lazada

– Aquadine Chlorine Tester : Shopee | Lazada

– Aquadine Anti-Chlorine Special : Shopee | Lazada 

– Nutrafin Aqua Plus : Shopee | Lazada 

– Aqua Guard Water Conditioner : Shopee | Lazada 

– NIKA Anti-Chlorine : Shopee | Lazada 

– Tension Gon by mydilab : Shopee | Lazada 

Harap anda enjoy apa yang saya tulis dan saya harap anda enjoy pelihara Ikan!

Jika anda enjoy membaca ni dan rasa berguna, sila bantu share kepada rakan2 dan kawan2 anda yang rasa mungkin berguna untuk mereka.

Follow kami di Facebook dan Instagram di mana saya akan post cite baru dalam dunia Aquarium ni.

FOLLOW US

Join our Facebook Group

MALAYSIA CLUB IKAN